Aku dan Pontianak
| Labels: Writing | Posted On Wednesday, April 10, 2013
Citer ini adalah rekaan smeata-mata tetapi berdasarkan pengalaman hampir sebenar Ili, serta lokasi yang Ili nak ceritakan adalah benar dan memang Ili lalu setiap hari
Suatu hari saya balik lewat malam kerana terpaksa stay back. Mak ada pesan kalau dah balik lewat, jangan guna jalam shortcut, kerana walapon jalan shortcut jimat masa hampir 20-30 mins (serious), jalanya sangat gelap, tak ada satu tiang elektrik pon, dan sunyi bila lewat malam. Mak saya risau kalau kereta saya rosak, pasti bahaya bila seorang diri.
Tapi dah dasar budak degil, saya guna juga jalan shortcut tu. Jam dah tunjukkan pukul 12.30 pagi. Baru saya separuh jalan, kereta saya tiba2 mati pulak. Hairan jug rasanya kerana kereta saya masih baru dan baru2 nie saja baru saya bawak pi servis. Saya cuba buat panggilan untuk panggil ayah atau mak saya ambikkan saya. Tapi hari tu juga talian hilang. Sudah pening kepala x tau nak buat apa, saya ambik keputusan untuk berjalan pulang. Berbekalkan lampu suluh saya mula berjalan, sambil2 tengok talifon, harap2 talian akan ada balik.
Tengah2 saya berjalan, tiba2 saya ada bau harum. memang sangat harum. Sebenarnya saya suka bau haruman tersebut. Kemudian di depan saya saya ternampak sesusuk tubuh seperti seorang wanita berpakaian serba putih dan berambut hitam panjang tetapi dalam keadaan kemas. Walaupon saya tau saya x patut tegur, tetapi saya x boleh tolong tapi terfikir yang wanita itu pasti pontianak. Saya teringat saya ada dengar cerita pontianak di Misteri Jam 12 bahawa kalau pontianak tampil cantik, saya x perlu risau, tetapi kalau mukanya tiba2 berubah, barulah saya perlu cabut, itu tanda dia mahu menyerang-rasanya kalau x bagitau pon saya tetap akan cabut hehehe
Saya pon jalan melepasi wanita tersebut sambil dalam hati berkata, "Kita sama2 makhluk tuhan, kita akan saling berlalu lalang"
"Adik"
Tiba2 wanita itu bersuara. Saya rasa sedikit cemas, tetapi saya masih menoleh.
"Boleh saya jalan sekali?"
Saya renung wanita tersebut. Cantik benar rupanya. Cuma mukanya sangatlah pucat, mamcm mayat.
"Boleh" jawab saya. Saya juga ada teringat dari Misteri Jam 12 ada orang pernah baitahu bahawa hantu2 dan jin2 ada bahasa mereka sendiri. Tetapi pontianak adalah antara hantu2 dan jin2 yang bahasanya sama dengan manusia.
"Boleh" jawab saya. Saya juga ada teringat dari Misteri Jam 12 ada orang pernah baitahu bahawa hantu2 dan jin2 ada bahasa mereka sendiri. Tetapi pontianak adalah antara hantu2 dan jin2 yang bahasanya sama dengan manusia.
Akhirnya kita berdua mula berjalan. Saya sedar kakinya seolah2 x mencecah lantai. Setelah jalan x beberapa jauh saya berasa bosan dan mengambil keputusan untuk berbual dengan wanita tersebut.
"Awak tinggal berdekatan ke?"
"Ya" wanita tersebut jawab dengan suara yang perlahan. "Di depan itu saja" ujarnya sambil menuding ke arah semak samun di depan di sebalh kiri jalan. Saya melihat arah yang ditunjukkan. "Eh? bukankah situ nanti akan dibuat jalan?"
"Ya....sebab itulah kita semua sedang risau. Nanti rumah kita akan musnah...."
Saya berfikir sejenak. "Tapi saya x ingat disitu ada tanah perkuburan. Kalau ada pasti orang di sini akan bantah projeck bina jalan ini"
"Oh itu" Wanita itu terdiam seketika "Ada. Ada tanah perkuburan. Tapi tanah perkuburan disitu bukan macam kamu manusia punya. Ini boleh dikatakan tanah perkuburan jin2 atau orang2 bunian"
Terkejut saya mendengar penjelasan wanita tersebut."Eh?! Sumpah saya x tau selama ni. Jadi sekarang macam mana? Kalau dibuat jalan..." saya sekarang menoleh arah kanan jalan, di mana terletaknya sekolah asarama budak2 lelaki "........nanti parah budak2 sekolah asrama ini"
"Itu juga yang saya risau" ujar wanita tersebut. Ini kali pertama saya lihat hantu atau jin risau akan manusia. Sambung wanita tersebut, "sebab kebanyak orang kita memang sangat marah kalu remah mereka diroskkan"
"Tau sangat" saya mengeluh besar. "Kamu tau dulu saya ada tinggal di satu hostel di tengah2 hutan. Betul2 hutan belantara. Tapi x lama kemudia kawasan itu ditebas dan abis smua hutan dibitakkan, mereka mula membuat bangunan dan kawasan perumahan baru. Kamu tau apa jadi? Abis banyak gangguan berlaku! Ada saja orang kena rasuk atau diganggu"
Saya senyap seketika. Kemudian saya sambung, "Ada satu jin rasanya kehilang tersayang selepas rumah dia musnah. Habis dia rasuk ramai orang mencari tersayang dia. Akhirnya kawan saya menyebab dia menagis apabila dia bertanya "Awak cari seseroang ke?". Kesian pulak rasanya. Rasanya dia ada jumpa x tersayang dia?"
Wanita mengeleng2kan kepala. "Kalau x ada gangguan dah jumpa la kot..." Wanita tersebut kemudian merenung ke arah saya. "Awak tinggal diblok 3 ke?"
"Ya". Tiba2 saya teringat sesuatu "Ya! Saya tinggal di blok 3! Dah beberapa kali diganggu pontianak. Kawan2 saya ada yang terkena. Adik saya siap kena cakar" Saya merenung ke arah wanita itu "Awak ada tau apa2?"
Wanita tersebut tengok ke arah saya lagi. "Tau....Pontianak yang itu...Memang sangat jahat. Walapun antara orang2 kita dia memang sangat jahat"
Eh antara hantu2 pon ada juga level kejahatan fikir saya. Tiba wanita itu ketawa sinis "Kesian adik awak"
Laaa ketawa pada adik saya rupanya, hampir meletup jantung saya bila dia mula ketawa. Saya sambung "Awak tahu tau apa saya perlu buat untuk hadapi pontianak seekor ni?
Wanita itu mengeleng2kan kepala. "Maaf, orang2 kita pon x tau macam mana dah uruskan dia". Saya mengeluh. "X mengapalah". Wanita itu tiba2 berhenti. "Dah sampai simpang ke rumah saya. Terima kasih kerana benarkan saya berjalan bersama awak"
Saya tersenyum. "Terima kasih pada awak juga kerana tidak mennggangu saya"
"Selamat malam"
"Selamat malam" kata saya sambil melambaikan tangan. Wanita tersebut bergerak perlahan2 ke arah semak samun sebelum tiba2 sahaja dia menghilangkan diri. Saya sambung berjalan. Kemuduan baru saya tersedar ada kereta di belakang saya.
Kereta tersebut berhenti di sebelah saya. Muka pemandu dan penumpang nampak pucat. Mereka merunkan tingkap. "Adik seorang2 ke? Nak tumpang?". Saya berasa sangat gembira mendengar offer tersebut. "Boleh sangat!"
Dalam perjalanan ke blok 3, pemandu tersebut akhirnya bersuara, "Adik. Kalau abang nak tanya boleh x?"
"Boleh"
"Adik" Pemandu itu mulakan "Mula2 kita takut nak mengajak adik tumpang, lagi2 kawan saya seorang ini. Tapi kemudian saya cam yang adik ni anak Encik Said yang tinggal di rumah banglo di Blok 3 tu kan? Ayah adik ada bantu saya dan rakan2 saya hari tu, kiranya sebab itulah saya beranikan diri tumpangkan adik"
"Oh..." Lagi2 rumah banglo....Semua orang selalu kaitkan saya dengan rumah banglo di Blok 3....
"Tadi....Tadi adik ada jalan dengan seseorang ke?" sambung si pemandu tersebut.
Oh mereka juga ada ternampak wanita tersebut fikir saya. "Ya. Saya berjalan dengan seorang wanita"
"Eh adik" kali ini penumpang itu pula bersuara. "Adik tau x kawasan situ agak keras? Tadi kami nampak wanita tersebut menghilangkan diri selepas masuk kee dalam semak samun"
"Oh itu" saya mula tersenyum. "itu cuma pontianak. Dia nak cuma nak pulang ke rumah tapi bosan jalan seorang2 jadi dia berjalan bersama saya"
Saya boleh lihat pemandu dan penumpang jadi pucat lesi. Saya cuma tersenyum sinis.
TAMAT
Post a Comment